Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Realiti-Maya Blade Runner 2049: Replicant Pursuit Diumumkan

Permainan Realiti-Maya Blade Runner 2049: Replicant Pursuit Diumumkan

Diterbitkan pada July 20, 2017 oleh .

Bagi peminat filem Blade Runner, anda boleh dapatkan permainan Blade Runner 2049: Replicant Pursuit untuk Samsung Gear VR pada 21 Julai ini.

Permainan ini dibangunkan oleh Turtle Rock Studio, di mana mereka terkenal dengan permainan Left 4 Dead dan Evolve sebelum ini. Melalui permainan realiti-maya ini, para pemain akan diletakkan di dalam kokpit kenderaan Spinner untuk memburu Replicant, robot yang memberontak.

Oculus juga mengumumkan dua lagi permainan Blade Runner 2049 versi realiti-maya akan tiba di Gear VR dan Oculus Rift sempena penayangan filem ini pada Oktober kelak.