Pada acara Playstation Experience 2016 yang lepas, Sony telah mengumumkan yang mana permainan Patapon akan ditambah-baikkan untuk konsol PlayStation 4. Lanjutan daripadanya, hari ini, Sony mengumumkan secara rasminya tarikh pelancaran untuk permainan Patapon Remastered, iaitu pada 1 Ogos.

Patapon adalah permainan yang telah dilancarkan untuk PSP pada tahun 2008 lepas, dan merupakan permainan berunsurkan rentak muzik dan strategi. Permainan ini telah mendapat pelbagai anugerah termasuklah permainan terhebat pada tahun 2008.

Bagi anda yang meminatinya, mungkin boleh tandakan kalendar anda untuk 1 Ogos 2017 ini, dan mendapatkannya apabila ia ditawarkan untuk PlayStation 4 kelak.

Sohor Kini