PES 2018 Online Beta Kini Boleh Dimuat-Turun

Seperti dijanjikan, Konami kini telah mula menawarkan Pro Evolution Soccer 2018 Online Beta kepada para peminat permainan simulasi bola sepak berkenaan, sekaligus mencubanya terlebih dahulu sebelum pelancaran rasmi.

PES 2018 Online Beta

Melalui PES 2018 Online Beta, anda boleh memainkan mod Quickmatch dan juga Online Co-Op. Menariknya, pengguna PlayStation 4 boleh memainkannya tanpa memerlukan akaun PS Plus, sebaliknya pengguna Xbox pula memerlukan akaun Xbox Live Gold. Pemain boleh memainkan versi Online Beta ini sehingga penghujung Julai 2017 ini.

Untuk makluman, versi Online Beta ini adalah berbeza berbanding dengan versi Demo yang dijangka hadir tidak lama lagi.

PES 2018 akan dilancarkan secara rasminya pada September 2017 kelak untuk PC, PS3, PS4, Xbox One dan juga Xbox 360.

Sohor Kini