PAC-MAN merupakan salah satu permainan arked ikonik yang diminati ramai pengguna seluruh dunia. Ia telah dilancarkan sekitar hampir 40 tahun lepas, tetapi masih aktif dimainkan ramai sehingga hari ini.
Kini, bersempena dengan Comic-Con International, pihak Bandai Namco turut membuat kejutan dengan bekerjasama bersama pihak Sanrio dan menawarkan kandungan bertemakan Hello Kitty pada permua PAC-MAN mereka.
Penawaran kandungan eksklusif ini hanya untuk minggu ini sehingga 19 Ogos sahaja, dimana ia diintegrasikan dalam permainan, menawarkan tahap permainan khusus, dan ikon bertemakannya.
Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun permua PAC-MAN ini secara percuma pada peranti Android dan iOS anda hari ini.
https://www.youtube.com/watch?v=g89DYB157RI
[download]Muat-Turun Pac-MAN untuk Android[/download] [download]Muat-Turun Pac-MAN untuk iOS[/download]