Skip to main content

Telltale sebelum ini telah hadir dengan permainan Batman dengan kisah penceritaan menarik. Berbeza dengan sejumlah permainan yang memfokuskan kepada watak Batman semata-mata, melalui permainan bersiri daripada Telltale ini, mereka turut memfokuskan kepada watak Bruce Wayne selain Batman.

Hari ini, Telltale turut mengumumkan permainan baru akan datang dibawah musim kedua, iaitu Batman : The Enemy Within. Episod pertama untuk musim kedua ini akan dilancarkan bulan hadapan, iaitu pada 8 Ogos 2017 kelak.

Batman Season 2: The Enemy Within

Batman Season 2: The Enemy Within

Batman Season 2: The Enemy Within

Melalui musim kedua ini, Batman dan Bruce Wayne akan terus memfokuskan kepada menjaga bandar daripada ancaman pihak luar, dan dari segi musuh pula, watak The Riddler kini kembali ke Githam City, selain Joker. Telltale mengumumkan yang mana para pemain perlu rapat dengan musuh untuk mengatasi pelbagai ancaman.

Batman Season 2: The Enemy Within

Batman Season 2: The Enemy Within

Batman Season 2 ini akan ditawarkan mulai 8 Ogos untuk PlayStation 3, PlayStation 4, Xbox One, dan juga PC. Selain daripada itu, ia juga akan hadir ke Android, iOS dan juga Mac.

Leave a Reply