Informasi Permainan Video Terkini
Sejumlah Permainan Daripada Telltale Kini Ditawarkan Secara Murah Melalui Humble Bundle
PC

Sejumlah Permainan Daripada Telltale Kini Ditawarkan Secara Murah Melalui Humble Bundle

Diterbitkan pada July 19, 2017 oleh .

Humble Bundle mungkin sangat popular dikalangan para peminat permainan video pada PC, memandangkan anda boleh mendapatkan sejumlah permainan menarik dan popular pada harga sumbangan serendah $1. Terkini, untuk tempoh dua minggu ini, Humble Bundle bekerjasama dengan studio Telltale untuk menawarkan permainan mereka melalui Humble Telltale Bundle.

Humble Telltale Bundle

Pada harga sumbangan minima $1, pengguna akan menerima sehingga 9 permainan, iaitu:

  1. Sam & Max : Season 1
  2. Sam & Max : Season 2
  3. Puzzle Agent 1
  4. Puzzle Agent 2
  5. Bone – Episode 1 & 2
  6. Hector : Badge of Carnage
  7. Telltale Texas Hold’em
  8. Poker Night at the Inventory
  9. The Walking Dead – Season 1

Humble Telltale Bundle

Pada harga sumbangan minima pula, pengguna akan menerima empat permainan tambahan lagi, iaitu:

  1. The Walking Dead : Michonne
  2. Tales from the Borderlands
  3. The Walking Dead – Season 2
  4. Game of Thrones

Dan pada sumbangan sekurang-kurangnya $15, pengguna akan menerima permainan:

  1. Batman – The Telltale Series
  2. Minecraft : Story Mode
  3. Minecraft : Story Mode – Adventure Pass

Permainan ini ditawarkan melalui Steam, dan terdapat beberapa permainan yang turut menyokong Mac.

Layari : Humble Telltale Bundle