Nintendo sebelum ini telah mengumumkan bakal menawarkan aplikasi Nintendo Switch Online untuk para pengguna peranti Android dan iOS. Ia dijanjikan bakal diperkenalkan pada hari Jumaat ini, tetapi seperti biasa, Nintendo telah pun menerbitkan aplikasi berkenaan lebih awal.

Walaubagaimanapun, aplikasi berkenaan masih belum digunakan kerana memerlukan pengaktifan dari segi pelayan – yang mana tidak dilakkan oleh Nintendo. Berkemungkinan ia akan dilakukan pada hari Jumaat kelak.

Nintendo Switch Online

Aplikasi Nintendo Switch Online ini adalah pelengkap kepada konsol Nintendo Switch – dan permainan pertama yang menyokongnya adalah Splatoon 2. Antara perkara yang boleh dilakukan adalah termasuk menyemak sejumlah informasi berkaitan permainan termasuk kedudukan, menjemput rakan-rakan daripada Facebook dan Twitter, selain bersembang dengan rakan-rakan melaluinya.

Bagi anda yang mempunyai Nintendo Switch, mungkin boleh muat-turunnya hari ini. Buat masa ini, ia hanya diterbitkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja, dan masih belum diterbitkan untuk pengguna Malaysia.

Muat-Turun Nintendo Switch Online untuk Android

Muat-Turun Nintendo Switch Online untuk iOS

Sohor Kini