Bagi anda yang mengemari arena konsol mudah-alih, semestinya sedia menantikan berita mengenai penawaran Nintendo 2DS XL baru untuk pasaran tempatan. Kini, dengan tarikh jualan 28 Julai untuk pasaran Amerika Syarikat, pengguna tempatan turut tidak ketinggalan apabila ia kini dilihat Maxsoft turut membawa masuk konsol berkenaan untuk pasaran tempatan.

Daripada penyenaraian beberapa penjual tempatan, pra-tempahan untuk Nintendo 2DS XL telah dimulakan pada harga RM949. Ia turut hadir dengan dua permainan percuma bagi mereka yang membuat pra-tempahan.

Nintendo 2DS XL Baru

Nintendo 2DS XL baru ini hadir dengan rekaan boleh-lipat dengan rekaan yang kemas dan cantik, dilengkapi skrin yang bersaiz besar – lebih kurang sama seperti pada Nintendo 3DS XL baru. Seperti pada namanya, Nintendo 2DS XL baru akan memfokuskan kepada paparan dalam bentuk 2-dimensi sahaja.

https://www.youtube.com/watch?v=kpEvVWWZdR8

Konsol mudah-alih baru ini juga turut hadir dengan sokongan NFC untuk kad Amiibo, berkeupayaan memainkan pelbagai permainan dari Nintendo 3DS, Nintendo 3DS baru, dan Nintendo DS – dalam bentuk paparan 2D.

Bagi anda yang berminat, anda boleh membuat pra-tempahan untuk konsol mudah-alih baru ini, dan mendapatkannya pada penghujung bulan ini kelak. Seperti biasa, ia turut hadir dengan sokongan jaminan selama setahun daripada Maxsoft (pengedar produk Nintendo tempatan).

Sohor Kini