Dead Dozen merupakan permainan penembak pandang pertama zombi yang memfokuskan permainan secara multi-pemain. Menariknya, selain daripada pemain perlu memfokuskan untuk meneruskan hidup, zombi-zombi tersebut juga berupaya untuk mencederakan pemain lain dan menyebabkan pemain lain berubah menjadi zombi juga.

https://www.youtube.com/watch?v=nQns8S2FhJA

Permainan ini akan bermula di dalam satu kawasan dimana jumlah pemain adalah sebanyak 12 pemain, mengikut nama permainan tersebut, iaitu dozen. Seorang daripada pemain tersebut akan menjadi “Ghoul” dimana tugas beliau adalah mencederakan pemain dan menukar mereka menjadi zombi. Ini juga menjadi menarik apabila rakan-rakan pemain yang lain terus akan berupaya untuk menukar ke pasukan lawan selepas dicederakan oleh Ghoul.

11 pemain yang lain pula akan mempunyai kemahiran yang berbeza seperti untuk sokongan, penahanan dan sebagainya dimana setiap pemain tersebut perlu bekerjasama untuk meneruskan hidup dan bertahan daripada serangan Ghoul tersebut. Pemain juga berupaya untuk membuat sekatan dengan memaku kayu, mahupun menggunakan perabot sekeliling untuk menahan daripada serangan zombi.

Buat masa ini, permainan ini masih belum dilancarkan lagi. Namun menurut Fntastic, permainan ini akan tiba pada 8 Januari 2018 ini sebagai bentuk alpha dimana pemain berupaya untuk membelinya dengan harga $14.99(~RM62) melalui Steam.

Sohor Kini