Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Menangguhkan Katrij Permainan Switch Bersaiz 64GB Sehingga 2019

Nintendo Menangguhkan Katrij Permainan Switch Bersaiz 64GB Sehingga 2019

Diterbitkan pada Dis 27, 2017 oleh .

Menurut laporan The Verge, Nintendo tampaknya menangguhkan keluaran katrij permainan Switch yang bersaiz 64GB sehingga 2019 ini. Asalnya, Nintendo merancang untuk melancarkan katrij bersaiz 64GB pada 2018, namun ia kini ditundakan atas sebab masalah teknikal.

Penangguhan ini juga membawa sedikit kekecewaan bagi pembangun-pembangun permainan yang berhasrat untuk menggunakan katrij saiz tersebut kerana mereka juga perlu menangguhkan permainan mereka sehingga 2019.

Walaupun konsol hibrid Nintendo Switch tersebut boleh dinaik-tarafkan storannya melalui kad Mikro-SD, dari segi saiz dalaman, konsol tersebut masih lagi berstoran 32GB sahaja. Tambahan juga, saiz katrij permainan Switch maksimum juga setakat ini adalah 32GB, ia agak terhad bagi pembangun-pembangun permainan yang ingin menggunakan saiz yang lebih tinggi dan mereka terpaksa menggunakan ruangan tambahan melalui storan konsol tersebut melalui kemaskini muat-turun.

Dengan penggunaan katrij permainan Switch yang lebih besar, ia dapat mengurangkan penggunaan saiz storan bagi konsol tersebut sekaligus pembangun dapat meletakkan pelbagai kandungan tambahan melalui katrij tersebut tanpa perlu memaksa pengguna untuk muat-turun kandungan tambahan. Namun begitu, katrij permainan Switch yang lebih besar juga berkos lebih tinggi dimana buat masa sekarang, katrij Switch yang dihasilkan hanyalah mempunyai pilihan antara 8GB, 16GB dan 32GB sahaja. Ini juga mungkin akan menyebabkan permainan yang dilancarkan bersama katrij tersebut akan menjadi lebih mahal.