Skip to main content

Wargaming minggu ini mengumumkan bahawa permainan multi-pemain percuma terkenal World Of Tanks akan mendapat kemaskini terbesar menjelang Mac 2018 ini dimana mereka menyatakan permainan tersebut akan ditambah dan dinaik-tarafkan dengan pelbagai kandungan baru.

Kemaskini tersebut dinamakan Wolrd Of Tanks 1.0 dimana menurut Wargaming, mereka akan menukarkan enjin permainan video tersebut kepada enjin yang baru sekaligus ia akan meningkatkan lagi kualiti visual bagi permainan tersebut. Pada masa yang sama, ia juga akan menyertakan pernambah-baikkan dari segi kualiti audio.

Tambahan juga, Wargaming menyatakan mereka akan mengubah-suai 25 peta permainan tersebut dengan pelbagai pernaik-taraf seperti rupa bumi yang lebih nyata dan fizik air yang lebih responsif.

Bagi anda yang bermain permainan World Of Tanks, ini merupakan satu kemaskini yang sangat menarik setelah beberapa tahun permainan ini dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC dimana sebelum ini ia mengekalkan kualiti enjin permainan yang sama, kini pemain berpeluang untuk mencuba enjin permainan yang baru menjelang Mac 2018 ini.

Leave a Reply