Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Pokemon Di Nintendo Switch Mungkin Akan Menyertakan Bentuk Pertempuran Yang Baru

Permainan Pokemon Di Nintendo Switch Mungkin Akan Menyertakan Bentuk Pertempuran Yang Baru

Diterbitkan pada Dis 27, 2017 oleh .

Pada E3 Jun yang lepas, Nintendo mengumumkan permainan terbaru Pokemon sedang dibangunkan khas di konsol Nintendo Switch disamping pengumuman permainan Pokken Tournament DX. Setelah beberapa bulan pengumuman tersebut, Nintendo mahupun The Pokemon Company masih belum mengumumkan sebarang informasi lanjut berkenaan permainan tersebut.

Menariknya, menurut laporan Poke Jungle, permainan tersebut mungkin akan menyertakan bentuk pertempuran yang baru dimana ia tidak lagi memfokuskan bentuk pertempuran secara berturutan seperti yang dilakukan oleh siri permainan Pokemon sebelum ini.

Bentuk pertempuran yang dinyatakan oleh mereka adalah permainan terbaru Pokemon tersebut akan menggunakan bentuk pertempuran secara nyata dimana pemain masih lagi perlu memilih jenis serangan melalui paparan antara muka permainan. Pemain juga berupaya untuk menghalang dan menyerang musuh secara nyata seakan seperti pertempuran di dalam permainan Pokken Tournament.

Walaubagaimana pun, ura-ura ini mungkin juga adalah palsu. Tetapi ini juga merupakan informasi yang menarik memandangkan kita belum mendapat sebarang informasi lanjut berkenaan permainan tersebut oleh Nintendo mahupun The Pokemon Company.