Skip to main content

Bagi anda yang baru sahaja log masuk di konsol Playstation 4 anda, anda pasti terkejut dengan adanya ikon permainan Destiny 2 di laman utama Playstation 4 jika anda tidak membeli permainan tersebut.

Namun, ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana Sony Interactive Entertainment dan Activision tampaknya sedang mempromosikan permainan Destiny 2 melalui laman utama  Playstation 4 untuk semua pengguna. Ini juga sempena promosi musim percutian yang diumumkan oleh Sony baru-baru ini dimana permainan Destiny 2 ditawarkan dengan harga RM183.20 berbanding harga asalnya RM229.

Namun fungsi ini mungkin tidak disukai oleh pengguna-pengguna Playstation 4 yang lain kerana ini mungkin memaparkan pengiklanan secara terpaksa dan anda juga mungkin akan terklik di pautan tersebut dan mungkin akan terbeli permainan tersebut secara tidak sengaja.

Walaubagaimana pun, fungsi ini boleh dibuangkan dan pada masa akan datang, segala pengiklanan tambahan lain juga tidak akan tersiar di laman utama Playstation 4 melalui langkah-langkah ini. Berikut langkah untuk membuang fungsi ini di Playstation 4 anda.

  • Masuk pautan “Setting”
  • Pilih “System”
  • Pilih “Automatic Downloads”
  • Nyahtandakan “Featured Content”

Selepas itu, anda boleh pulang ke laman utama Playstation 4 anda, dan terus buangkan ikon Destiny 2 tersebut dengan menekan butang “Option” di Dualshock 4 dan buangkan permainan tersebut.

Jika anda melakukan langkah-langkah ini, sebarang pengiklanan di laman utama Playstation 4 tidak lagi akan tersiar pada masa akan datang. Namun, bagi anda yang menyukai fungsi ini, anda tidak perlu membuat sebarang perubahan bagi tetapan Playstation 4 anda.

Leave a Reply