Informasi Permainan Video Terkini
Contra 2028 – Permainan Contra Oleh 8 Pelajar Yang Diberi Nafas Baru Melalui Unreal Engine 4
PC

Contra 2028 – Permainan Contra Oleh 8 Pelajar Yang Diberi Nafas Baru Melalui Unreal Engine 4

Diterbitkan pada Dis 26, 2017 oleh .

Bagi mereka yang bermain permainan Contra dari tahun 1987 bersama konsol NES(Nintendo Entertainment System), anda pasti akan mengimbau pelbagai kenangan berkenaan permainan tersebut terutamanya tahan kesukaran dan juga keupayaan untuk bermain secara koperasi bersama rakan ataupun ahli keluarga.

Kini, 8 pelajar daripada Université du Québec à Chicoutimi (UQAC), Kanada, menghasilkan sebuah permainan Contra dalam bentuk penembak pandang ketiga dalam hanya masa 8 minggu dengan menggunakan enjin permainan Unreal Engine 4. Menariknya juga, permainan tersebut tersedia secara percuma dimana semua pemain berupaya untuk memuat-turunnya sekarang.

Contra 2028 menyertakan sebilangan bentuk permainan yang menarik seperti keupayaan untuk melompat “Hyper-Jump”, gelongsor untuk mengelak dan menyerang musuh dan juga sokongan markah permainan melalui atas talian. Walaupun teknik gelongsor tersebut menyerupai permainan Vanquish, namun cara lompatan permainan tersebut mengingatkan kami dengan permainan klasik Contra dimana watak di dalam permainan tersebut membuat lompatan sambil membuat pusingan seperti permainan klasik Contra.

Anda boleh memuat-turun permainan Contra 2028 secara percuma melalui laman rasmi permainan tersebut. Namun begitu, ia hanyalah sebuah permainan seakan demo dan hanyalah boleh dimainkan di PC sahaja.

Muat-Turun : Contra 2028