Bagi anda yang meminati permainan berbentuk strategi masa-nyata, mungkin anda menantikan permainan Sudden Strike 4 yang dijadualkan pelancarannya pada bulan Ogos ini. Kini, bersempena dengannya, Kalypso Media telah mengeluarkan sebuah lagi video promosi baru, mempertontonkan beberapa paparan bentuk permainan yang dibawakan oleh Sudden Strike 4.
Dengan permainan berbentuk strategi masa-nyata, Sudden Strike sebelum ini memfokuskan kepada pemain komputer sahaja. Walaubagaimanapun, melalui Sudden Strike 4, ia buat pertama kalinya turut hadir untuk konsol.
Seperti permainan lain, pemain boleh memilih pihak mana yang ingin dimainkan pada latar masa Perang Dunia Kedua, iaitu Jerman, Soviet atau Allied. Pemain turut boleh bersaing dengan rakan-rakan lain sehingga lapan orang melalui sokongan multi-pemain.
Sudden Strike 4 akan dilancarkan secara rasmi pada 15 Ogos 2017 ini pada PlayStation 4 – selain turut hadir pada PC.