Skip to main content

Bagi mereka yang menggunakan peranti telefon pintar iPhone 6s dan model keatas, anda kini berpeluang untuk bermain permua Pokemon Go dengan fungsi terbaru iaitu AR+ dimana ia memfokuskan teknologi realiti-gabungan terbaru oleh Apple di sistem operasi iOS 11.

Menurut Niantic Labs, Dengan kemaskini AR+, pemain berupaya untuk melihat skala Pokemon dengan lebih terperinci. Dengan bergerak mendekati Pokemon, skala saiz Pokemon tersebut juga akan mengubah sekaligus ia akan menghasilkan ilusi seakan Pokemon tersebut adalah nyata di kawasan tersebut.

Pada masa yang sama, Pokemon tersebut juga berupaya untuk menyedari kedudukan pemain jika mereka berada terlampau dekat dengan Pokemon. Niantic Labs juga menyatakan jika pemain berjaya menyelinap dan menangkap Pokemon, pemain juga akan mendapat ganjaran bonus. Meter bar kesedaran Pokemon juga akan dipertayangkan di paparan antara-muka permua tersebut dan jika meter bar tersebut penuh, Pokemon tersebut akan melarikan diri.

Namun kemaskini ini hanyalah akan tiba di peranti iPhone saja kerana AR+ hanyalah berfungsi dengan sokongan teknologi realiti-gabungan yang terdapat di iOS11.

Leave a Reply