Focus Home Interactive hari ini mengumumkan permainan baru yang memfokuskan bentuk permainan pengembaraan naratif berepisod iaitu The Council. Permainan ini juga memberi peluang kepada pemain untuk memilih pilihan penceritaan dan setiap pelihan akan memberi kesan terhadap sepanjang permainan.
The Council meletakkan pemain di tahun 1793 sebagai watak Louis de Richet, dimana beliau merupakan salah seorang ahli kumpulan rahsia. Pemain akan bertemu pelbagai watak bersejarah seperti Napoleon Bonaparte dan George Washington.
Permainan ini juga memberi kelainan dengan memfokuskan bentuk permainan yang baru iaitu, “Social Influence System” dimana setiap perbincangan, kemahiran dan barangan boleh digunakan untuk mengubah bentuk penceritaan permainan tersebut. Pada masa yang sama permainan ini juga mempunyai konsep keputusan yang kekal, sekaligus segala tindakan pemain tidak boleh diulangkan.
The Council adalah permainan yang dibangunkan oleh Big Bad Wolf dan dikeluarkan oleh Focus Home Interactive. Episod pertama permainan tersebut, “The Mad Ones” akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada Februari 2018 ini. Permainan ini akan mengandungi 5 jumlah episod yang akan dilancarkan mengikut turutan.