Informasi Permainan Video Terkini
Digimon Story: Cyber Sleuth Hacker’s Memory Akan Dilancarkan Januari 2018 Ini

Digimon Story: Cyber Sleuth Hacker’s Memory Akan Dilancarkan Januari 2018 Ini

Diterbitkan pada Dis 20, 2017 oleh .

Digimon Story: Cyber Sleuth Hacker’s Memory merupakan siri permainan kedua selepas permainan Digimon Story: Cyber Sleuth yang dilancarkan pada 2015 lepas. Permainan ini akan menempatkan pemain di tempat yang sama, iaitu di Shibuya, Jepun dimana pemain akan mengembara di dunia digital dan bertempur musuh-musuh Digimon.

Permainan ini akan menyertakan menghampiri 400 jenis Digimon yang mana pemain akan bertempur. Pemain berupaya untuk memilih Gotsumon, Betaman dan Tentoman pada permulaan permainan tersebut. Pada masa yang sama, bagi mereka yang bermain permainan sebelum ini, anda akan mengembara semula di kawasan-kawasan daripada permainan sebelum ini.

Menurut Bandai Namco, permainan Digimon Story Cyber Sleuth Hacker’s Memory akan dilancarkan pada 19 Januari 2018 ini khas di konsol Playstation 4 dan Playstation Vita. Bagi pasaran Jepun, permainan ini sudah dilancarkan pada 14 Disember lepas.


TIPS & ULASAN