Kingdom : Classic merupakan salah satu permainan dengan rekaan 2D dan menawarkan bentuk permainan sidescrolling yang memfokuskan kepada genre strategi. Permainan ini boleh dimainkan pada komputer Windows, Mac dan juga Linux.

Sejak ia dilancarkan, permainan ini menerima maklumbalas yang positif daripada para pemain seluruh dunia – dan masih aktif dimainkan sehingga hari ini.

Kingdom Classic

Hari ini, untuk tempoh 24 jam sahaja, kini penerbitannya menawarkan permainan asal berkenaan secara percuma melalui Steam.

Anda hanya perlu ke laman permainan Kingdom : Classic hari ini, menebusnya dan menambah ia ke laman Steam anda. Bagi anda yang mempunyai akaun Steam, jangan lupa untuk menebusnya dan memainkannya hari ini.

Muat-Turun Kingdom : Classic di Steam

Sohor Kini