Destiny 2 merupakan salah satu permainan tembak-menembak pandang pertama yang dibangunkan oleh Bungie. Sementara menantikan pelancaran rasminya pada Oktober kelak, pembangunnya seperti biasa menawarkan ujian beta terbuka kepada pengguna – sekaligus membolehkan para pemain mendapatkan pengalaman mencubanya sebelum membeli permainan akhir berkenaan.

Destiny 2 Beta umum akan bermula esok pada 19 Julai sehingga 24 Julai. Anda boleh memuat-turun permainan ini sekarang tetapi tempoh yang boleh dimainkan hanyalah bermula esok. Ini akan menjimatkan masa anda, sekaligus menawarkan masa bermain yang lebih lama berbanding perlu menantikan muat-turun.

Destiny 2 Beta akan mengandungi misi pembukaan cerita, 3 pemain koperatif dan kompetitif multi-pemain perlawanan 4vs4. Destiny 2 akan keluar pada September 6 untuk Playstation 4 dan X-Box One, manakala PC pada Oktober 26. Bagi anda yang berminat, boleh mula memuat-turunnya hari ini, dan memainkan ia bersama para peminat Destiny 2 yang lain esok.

Muat Turun : Destiny 2 Beta

Sohor Kini