Informasi Permainan Video Terkini
Dayz Survived – Permua “Survival Crafting” Yang Memfokuskan Bentuk Permainan Mini-Dunia Terbuka

Dayz Survived – Permua “Survival Crafting” Yang Memfokuskan Bentuk Permainan Mini-Dunia Terbuka

Diterbitkan pada Dis 19, 2017 oleh .

Permainan mudah-alih (Permua) Dayz Survived merupakan permua yang dibangunkan oleh Campfire Games yang berasal daripada Malaysia. Menariknya permua ini hanyalah dibangunkan oleh seorang pembangun sahaja iaitu Chia Pek Harn pemilik studio pembangun permainan tersebut. Ketika Comic Fiesta 2017, saya berpeluang untuk menemu ramah pembangun permainan tersebut.

Permua Dayz Survived memfokuskan bentuk permainan mini-dunia terbuka melalui “survival crafting”. Pemain berupaya untuk mengumpul barangan dan bahan untuk membina makanan, membuat pelbagai misi dan juga meneruskan hidup di dunia yang ditakhluk oleh zombi.

Pemain juga berupaya untuk mendapatkan pelbagai kemahiran dan menjual barangan-barangan untuk meneruskan hidup. Pada masa yang sama, pemain juga berupaya untuk menangkap haiwan untuk menjadi teman pemain ketika mengembara di dunia permainan tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permua ini, anda boleh melayari laman rasmi CampFire Games untuk membuat pra-pendaftaran bagi beta permua tersebut di Android. Permua ini dirancang untuk dilancarkan pada 2018 ini.

Laman Rasmi : CampFire Games


TIPS & ULASAN