Informasi Permainan Video Terkini
Rising Thunder Akan Dilancarkan Sebagai Permainan Sumber Terbuka
PC

Rising Thunder Akan Dilancarkan Sebagai Permainan Sumber Terbuka

Diterbitkan pada Dis 19, 2017 oleh .

Permainan perlawanan Rising Thunder yang mana sebelum ini telah dibatalkan pelancarannya pada 2016 lepas oleh Radiant Entertainment, kini akan dilancarkan semula sebagai permainan sumber terbuka secara percuma.

Menurut akaun rasmi Twitter Rising Thunder, pemain tersebut akan dilancarkan secara percuma bersama pelayan sumber terbuka menjelang Januari 2018 ini. Dengan nama Rising Thunder: Community Edition, permainan tersebut akan dilancarkan bersama sokongon multi-pemain secara luar-talian.

Rising Thunder merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Radiant Entertainment. Ia diperkenalkan pada 2015 lepas dan pada 2016, permainan tersebut dibatalkan secara rasmi. Dengann pelancaran semula melalui sumber terbuka, pemain berupaya untuk menaik-taraf dan mengubah-suai permainan tersebut secara sendiri.

Bagi anda yang berminat untuk bermain permainan ini, ia akan dilancarkan pada Januari ini secara sumber terbuka melalui PC.