Menurut laporan Gematsu, permainan Monster Hunter: World akan mempunyai mod penceritaan yang mempunyai penceritaan selama 40-50 jam.
Pengarah permainan tersebut, Yuya Tokuda menyatakan bahawa tempoh mod penceritaan permainan tersebut akan bergantung kepada pemain sendiri. Namun ebliau menyatakan ia mungkin akan mengambil 40 sehinggalah 50 jam untuk menghabiskan penceritaan permainan tersebut.
Walaubagaimana pun, permainan tersebut juga akan mempunyai pelbagai kandungan yang akan membuat pemain akan terus bermain setelah menamatkan mod penceritaan dimana pemain berupaya menaik-tarafkan kelengkapan dan juga memburu raksasa bersama rakan-rakan secara atas-talian.
Kaname Fujioka, pengarah seni permainan tersebut juga menyatakan bahawa permainan tersebut akan menyertakan pelbagai kandungan tambahan secara percuma bersama misi tambahan setiap minggu dimana pemain boleh terus bermain setelah menamatkan penceritaan permainan Monster Hunter: World.
Tambahan juga, bagi mereka yang ingin mencuba sekali lagi permainan Monster Hunter: World, Capcom mengumumkan bahawa beta terbuka permainan tersebut akan bermula pada 23 Disember ini, jam 1 pagi (Waktu Malaysia) sehinggalah 27 Disember jam 1 pagi di konsol Playstation 4. Beta terbuka permainan tersebut boleh dimuat-turun bermula 19 Disember ini melalui PSN Store.
Monster Hunter: World merupakan permainan aksi pengembaraan pemburuan raksasa yang dibangunkan oleh Capcom. Ia bakal tiba pada Playstation 4, Xbox One dan PC pada 26 Januari 2018 ini.