Skip to main content

Pada awal Disember ini, Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan daripada siri anime terkenal, My Hero Academia: One’s Justice dan ia bakal dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC. Kini Bandai Namco akhirnya mempertontonkan trailer terbaru bagi permainan tersebut.

Permainan tersebut akan menyertakan sebilangan watak yang boleh dimainkan dan ia memfokuskan bentuk permainan perlawanan. Menurut Bandai Namco, antara watak yang boleh dimainkan adalah Izuku Midoriya, TOmura Shigaraki dan juga Katsuki Bakugo.

Bandai Namco juga menyatakan permainan ini akan memfokuskan bentuk permainan perlawanan yang mana pemain berupaya untuk menghancurkan persekitaran disamping menggunakan segala kuasa-kuasa daripada siri anime tersebut.

Permainan My Hero Academia: One’s Justice dirancang untuk dilancarkan pada 2018 ini.

Leave a Reply