Bandai Namco hari ini akhirnya berkongsi trailer terbaru berkenaan permainan seterusnya daripada siri One Piece iaitu One Piece: World Seeker. Permainan ini bakal dilancarkan pada 2018 ini di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Menurut Bandai Namco, permainan ini merupakan permainan terbesar One Piece dengan pelbagai kandungan termasuklah buat pertama kalinya permainan One Piece akan ke bentuk permainan dunia terbuka.

Berdasarkan trailer yang dipertontonkan, pemain juga akan bertempur dengan pelbagai musuh dan perlu menyelinap masuk pelbagai pangkalan musuh dengan bersembunyi di dalam tong.

One Piece: World Seeker dirancangkan untuk dilancarkan secara global pada 2018 ini.

Sohor Kini