Informasi Permainan Video Terkini
Promosi Mingguan PSN – Super Robot Wars OG The Moon Dwellers

Promosi Mingguan PSN – Super Robot Wars OG The Moon Dwellers

Diterbitkan pada Dis 15, 2017 oleh .

Minggu ini bermula dari 15 sehingga 21 Disember ini, anda boleh mendapatkan permainan Super Robot Wars OG The Moon Dwellers pada hanya RM149.40 di PSN Store berbanding harga asalnya RM249.

Super Robot Wars OG The Moon Dwellers merupakan siri permainan Super Robot Wars yang pertama dilancarkan di konsol Playstation 4 pada 2016 lepas. Siri permainan Super Robot Wars sememangnya terkenal dengan mempunyai bentuk permainan yang merangkumi sebilangan robot mecha daripada pelbagai siri anime dan manga daripada Jepun. Permainan ini memfokuskan bentuk permainan pertempuran secara turutan dan strategi.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapat permainan ini dengan harga yang murah sekarang di PSN Store.

Promosi Mingguan PSN : Super Robot Wars OG The Moon Dwellers


TIPS & ULASAN