Informasi Permainan Video Terkini
Jualan Promosi Permainan Family Game PSN Store Sehingga 24 Disember Ini

Jualan Promosi Permainan Family Game PSN Store Sehingga 24 Disember Ini

Diterbitkan pada Dis 15, 2017 oleh .

Sony Interactive Entertainment hari ini mengadakan jualan promosi untuk sebilangan permainan di PSN Store sehingga 30% diskaun. Terdapat juga tambah diskaun sebanyak 40% bagi mereka yang melanggan Playstation Plus.

Terdapat pelbagai permainan yang bertemakan kekeluargaan yang ditawarkan. Antaranya ialah:

  • Knack 2 RM149 RM126.65
  • Everybody’s Golf Deluxe Pack RM229 RM206.10
  • Crash Bandicoot N.Sane Trilogy RM150 RM105
  • Lego Worlds RM129 RM90.30
  • Lego Star Wars The Force Awakens RM199 RM99.50
  • Rocket League RM80 RM56
  • Lego Marvel Avengers RM261 RM78.30
  • Locoroco Remastered RM59 RM35.40
  • Little Big Planet 3 RM89 RM26.70
  • PaRappa The Rapper RM59 RM35.40
  • Just Dance 2017 RM149 RM44.70
  • Mighty No. 9 RM129 RM32.25
  • EA Sports UFC 2 RM99 RM29.70

Terdapat pelbagai lagi permainan dan kandungan yang ditawarkan. Tambahan juga, bagi anda yang melanggani Playstation Plus, anda akan mendapat tambahan diskaun buat promosi permainan tersebut.

Jangan lepaskan peluang anda untuk membeli permainan-permainan sempena promosi jualan Family Game ini di PSN Store sehingga 24 Disember ini.

Promosi Jualan PSN : Family Game