Bagi yang merindui untuk bermain Pokemon Crystal yang dilancarkan di GameBoy Color pada 2001 lepas, anda pasti akan berminat untuk bermain kembali permainan tersebut dimana hari ini Nintendo mengumumkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan semula di Nintendo 3DS bermula 26 Januari 2018 ini.

Permainan tersebut akan datang secara digital melalui eShop dengan harga $9.99(~RM42). Bagi pasaran Jepun dan Eropah, permainan tersebut akan dijual secara fizikal bersama kotak dan mengandungi kod untuk memuat-turun permainan tersebut.

Pokemon Crystal tersebut juga menyokong sokongan Pokemon Bank apabila ia dilancarkan kelak. Ini juga bermakna pemain berpeluang untuk membawa segala 29 Pokemon teras ke Pokemon Ultra Sun dan Pokemon Ultra Moon. Pokemon Crystal di 3DS juga akan menyertakan segala fungsi komunikasi antara Pokemon Red, Pokemon Blue dan Pokemon Yellow yang mana sebelum ini juga dilancarkan melalui eShop di konsol Nintendo 3DS.

Jangan lepaskan peluang anda untuk bermain semula antara siri permainan Pokemon yang menarik di konsol Nintendo 3DS bermula 26 Januari 2018 ini.

Sohor Kini