Fez Pocket Edition Dilancarkan Untuk Peranti iOS

Fez ialah permainan yang memenangi pelbagai anugerah walaupun dibangunkan oleh pasukan yang terdiri dari tiga orang individu. Permua Fez diumumkan pada tahun 2013 tetapi tiada berita dikongsi selama beberapa tahun. Hari ini ia akhirnya ditawarkan dalam bentuk permua untuk peranti iOS.

Fez Pocket Edition boleh dimiliki pada harga RM 19.90 menerusi App Store. Saiz muat turun ialah 174 MB dan boleh digunakan peranti yang menggunakan iOS 8 dan ke atas. Bagi mereka yang terlepas memainkan Fez edisi konsol, ini ialah kali kedua ia dihasilkan dalam versi mudah alih setelah kali pertama muncul pada PS Vita.

Muat turun Fez Pocket Edition dari App Store

Sohor Kini