Sudah hampir 30 tahun kita diperkenalkan makluk asing Predator di dalam filem Predator yang ditayangkan pada tahun 1987 lepas. Kini, bagi anda yang meminati filem tersebut anda berpeluang untuk bertempur dengan makhluk asing tersebut dan menghidupkan kembali adegan-adegan di dalam filem tersebut melalui permainan Ghost Recon: Wildlands
Ubisoft hari ini mengumumkan mereka akan menyertakan kemaskini Predator dengan menyertakan mod permainan secara solo dan juga multi-pemain sehingga empat pemain. Pemain perlu terus hidup dan menentang Predator dimana makhluk asing tersebut berupaya untuk melompat di atas pokok, menjadi lutsinar dan mengesan pemain.
Tambahan juga, Ubisoft juga menyertakan kandungan tambahan buat permainan tersebut seperti topeng Predator dan pelbagai barangan lain bertemakan filem Predator tersebut. Menurut Ubisoft, kemaskini ini akan tiba secara percuma bermula 15 Disember sehinggalah awal Januari.
Ghost Recon: Wildlands adalah permainan taktikal aksi penembak pandang pertama dunia terbuka yang dibangunkan oleh Ubisoft. Ia merupakan siri permainan Tom Clancy’s Ghost Recon yang ke-10 dan merupakan siri Ghost Recon yang pertama mempunyai sistem dunia terbuka.