Skip to main content

THQ Nordic hari ini mengumumkan bahawa permainan pengembaraan Titan Quest akan tiba di konsol Playstation 4 dan Xbox One pada 20 Mac 2018 ini. Manakal versi Nintendo Switch juga diumumkan akan tiba pada 2018 ini. Menurut THQ Nordic, permainan Titan Quest tersebut akan disertakan bersama kandungan tambahan Titan Quest: Immortal Throne.

Tambahan juga, THQ Nordic juga mengumumkan edisi terhad Collectors yang mana ia akan menyertakan sebilangan kandungan tambahan termasuklah replika helmet Greek yang bersaiz 9 inci.

Titan Quest merupakan permainan pengembaraan yang asalnya dilancarkan di PC pada 2006 lepas. Pada 2016, THQ Nordic melancarkan semula permainan tersebut dalam bentuk edisi ulang tahun ke-10.

Leave a Reply