Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Terbaru Sharefactory 3.00 Menyertakan Sebilangan Tema, Efek Kamera Dan Animasi Baru

Kemaskini Terbaru Sharefactory 3.00 Menyertakan Sebilangan Tema, Efek Kamera Dan Animasi Baru

Diterbitkan pada Dis 13, 2017 oleh .

Aplikasi Sharefactory merupakan aplikasi penyuting video yang terbina di dalam sistem operasi Playstation 4. Kini, Sony Interactive Entertainment berkongsi sebilangan kemaskini terbaru buat aplikasi tersebut dengan menyertakan sebilangan kandungan dan fungsi baru.

Kemaskini 3.00 akan menyertakan sebilangan tema baru bersama efek kamera dan animasi yang baru. Antara tema baru adalah tema buku komik yang menyertakan tiga kandungan permulaan, tajuk dan penghujung klip video. Tambahan juga, tema tersebut juga menyertakan lapan peralihan, tiga latar belakang baru dan tulisan komik. Tema kedua yang disertakan adalah berdasarkan siri permainan Uncharted sempena ulang tahun yang ke-10.

Efek kamera baru yang disertakan adalah bertemakan Hollywood yang mana akan memberi kesan-kesan menarik ketika anda menyunting video tersebut. Selain itu, aplikasi Sharefactory 3.00 juga akan membenarkan pemain untuk meletakkan animasi tersendiri di perkataan dan juga pelakat ketika penyuntingan. Aplikasi tersebut juga akan membenar pemain mengawal segala durasi animasi tersebut.

Kemaskini lain yang diumumkan oleh Sony juga termasuklah 20 peralihan yang baru, kemaskini prestasi aplikasi dan pengasingan audio jika terdapat audio ulasan tambahan.

Bagi anda yang sering menyunting video di Playstation 4 dengan menggunakan aplikasi Sharefactory, ini merupakan kemaskini yang menarik dengan pelbagai tema dan pernaik-tarafan yang disediakan oleh Sony. Kemaskini ini boleh dimuat-turun sekarang secara percuma melalui Playstation 4.


TIPS & ULASAN