Bersempena dengan musim krismas pada Disember ini, Blizzard hari ini berkongsi permainan bermusim bagi Overwatch iaitu tema Winter Wonderland yang mana kini ia tiba di permainan tersebut bermula hari ini sehinggalah 2 Januari.
Kemaskini tema Winter Wonderland tersebut menyertakan sebilangan kostum buat watak-watak di dalam permainan Overwatch seperti kostum baru buat Hanzo, Sombra dan lain-lain. Pada masa yang sama, sebilangan kawasanan persekitaran di dalam permainan juga akan dikemaskini dengan rekaan bertemakan Krismas.
Tambahan juga, Blizzard juga menyertakan kemaskini bentuk permainan yang baru bagi mod Brawl yang mana pemain berpeluang untuk mencuba mod permainan Yeti Hunter. Mod Yeti Hunter akan meletakkan 6 jumlah pemain dengan bentuk 5v1 dimana 5 pemain akan menggunakan watak Mei dan menentang seorang Winston. Selain itu, mod Mei’s Snowball Offensive juga kini kembali di dalam kandungan mod Brawl.
Kemaskini Winter Wonderland ini sudah boleh dimuat-turun sekarang melalui kemaskini permainan Overwatch secara percuma. Overwatch adalah permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain. Ia sudah dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC.