Skip to main content

Bagi anda yang meminati siri permainan Life Is Strange oleh Dontnod Entertainment dan Square-Enix, anda mungkin berminat untuk mendapatkan permainan tersebut di peranti telefon pintar anda. Hari ini Square-Enix mengumumkan permainan tersebut akan tiba sebagai permainan mudah-alih (Permua) di iOS bermula 14 Disember ini.

Permua tersebut akan dijual dengan harga RM12.90 bagi episod pertama. Manakala episod kedua dan ketiga boleh dibeli melalui transaksi di dalam permua tersebut. Square-Enix juga menyatakan episod keempat dan kelima permua tersebut akan dilancarkan pada awal 2018 ini.

Pada masa yang sama, bagi mereka yang ingin mendapatkan keseluruhan episod permua tersebut, Square-Enix akan menyediakan pas musim  untuk keseluruhan episod permainan tersebut dengan diskaun sebanyak 10% berbanding dengan membeli setiap episod secara berasingan.

Square-Enix juga menyertakan kandungan tambahan khas bagi mereka yang bermain permainan ini secara di iOS dengan menyertakan pelakat iMessage khas dimana pemain boleh berkongsi bersama rakan-rakan di Facebook.

Life Is Strange merupakan permainan pengembaraan yang memfokuskan permainan secara berepisod. Ia dilancarkan di Playstation 3, Xbox 360, Playstation 4, Xbox One dan PC pada 2015 lepas.

[info] App Store : Life Is Strange [/info]

Leave a Reply