Bagi anda yang masih lagi mempunyai konsol mudah-alih Playstation Vita, anda mungkin berminat untuk membeli sebilangan permainan yang ditawarkan di Playstation Store hari ini dimana Sony Interactive Entertainment mengadakan jualan promosi khas bagi permainan Playstation Vita dengan diskaun sehingga 80%. Tambahan juga bagi anda yang melanggani Playstation Plus, anda akan mendapat diskaun tambahan sehingga 90%.
Terdapat pelbagai permainan yang ditawarkan. Antaranya ialah:
- Samurai Shodown V Special
RM39RM35.10 - God Wars: Future Past
RM169RM84.50 - Super Robot Wars
RM219RM153.30 - Lara Croft Go
RM40RM24 - Senran Kagura Estival Versus
RM161RM96.60 - Digimon Story: Cyber Sleuth
RM210RM94.50 - Metal Slug 3
RM30RM9 - God Of War Collection
RM85RM17 - Killzone Mercenary
RM71RM14.20 - Persona 4 Golden
RM98RM78.40 - Gravity Rush
RM101RM20.20 - Everybody Golf 6
RM67RM13.40 - Helldiver Democracy Strikes Back Edition
RM60RM30
Terdapat pelbagai lagi permainan bersama kandungan pernambahan DLC yang ditawarkan dan bagi anda yang melanggani Playstation Plus, anda akan mendapat tambahan diskaun buat sebahagian promosi permainan tersebut.
Jangan lepaskan peluang anda untuk membeli permainan-permainan Playstation Vita sempena promosi ini di PSN Store sehingga 18 Disember ini.