Informasi Permainan Video Terkini
Conan Exile Bakal Dilancarkan Pada Mei 2018 Di Konsol Playstation 4, Xbox One Dan PC
PC

Conan Exile Bakal Dilancarkan Pada Mei 2018 Di Konsol Playstation 4, Xbox One Dan PC

Diterbitkan pada Dis 12, 2017 oleh .

Funcom hari ini mengumumkan secara rasmi bagi pelancaran permainan Conan Exiles. Ia merupakan permainan aksi dunia terbuka yang asalnya dilancarkan di Steam dan Xbox One melalui akses awal. Kini setelah beberapa bulan dilancarkan sebagai permainan akses awal, permainan Conan Exiles akhirnya akan dilancarkan secara rasmi pada 8 Mei 2018 ini untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Bersempena dengan mengumuman permainan tersebut juga, Funcom mempertontonkan trailer terbaru yang mana ia mempertayangkan sebilangan bentuk permainan bagi permainan Conan Exiles tersebut.

Conan Exiles juga akan dilancarkan secara fizikal dengan kerjasama pengeluar permainan Koch Media, edisi Day One akan dilancarkan pada tarikh yang sama bersama dengan sebilangan kandungan tambahan seperti peta kawasan permainan dan juga kandungan tambahan digital permainan. Tambahan juga edisi Collectors juga diumumkan yang mana ia akan disertakan bersama figura khas dan juga buku komik dengan kerjasama Dark Horse.

Bagi anda yang berminat untuk mengembara di dalam dunia Conan Exiles ini, jangan lupa untuk menandakan di kalendar anda pada 8 Mei 2018 bersempena dengan pelancaran permainan tersebut.


TIPS & ULASAN