Hari ini, Team Salvato mengumumkan bahawa permainan yang dibangunkan oleh mereka, Doki Doki Literature Club! sudah mencapai 1 juta jumlah muat-turun di Steam. Di laman rasmi Team Salvato tersebut, beliau mengucapkan terima kasih bagi sebilangan media dan streamer yang membantu beliau berkongsi berkenaan permainan tersebut.

Menurut Team Salvato, beliau ingin terus membangunkan sebilangan kandungan untuk permainan Doki Doki Literature Club! disamping membangunkan permainan seterusnya.

Doki Doki Literature Club! merupakan permainan berkonsepkan Visual Novel yang mendapat pujian ramai dengan bentuk permainan dan penceritaannya yang unik. Permainan tersebut boleh dimuat-turun secara percuma melalui Steam. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut dan menghantui diri anda, anda boleh melayari laman Steam dibawah dan memuat-turunnya sekarang.

Steam : Doki Doki Literature Club!

 

Sohor Kini