Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Terbaru GTA Online: The Doomsday Heist Diumumkan Oleh Rockstar – Bakal Tiba 12 Disember
PC

Kemaskini Terbaru GTA Online: The Doomsday Heist Diumumkan Oleh Rockstar – Bakal Tiba 12 Disember

Diterbitkan pada Dis 11, 2017 oleh .

Rockstar minggu ini mengumumkan kemaskini terbaru buat permainan Grand Theft Auto Online iaitu The Doomsday Heist yang mana ia adalah salah satu kemaskini terbesar bagi permainan tersebut.

Pemain berpeluang untuk menggunakan JetPacks, kereta terbang dan juga berpeluang untuk meneroka gunung misteri Chiliad. Menurut Rockstar, pemain akan bekerjasama bersama pemain lain secara atas-talian untuk menyelemat bandar Los Santos daripada kemusnahan besar oleh musuh yang tidak diketahui.

Kemaskini ini akan tiba secara percuma untuk semua pemain di Playstation 4, Xbox one dan PC pada 12 Disember ini.