Minggu ini, bersempena dengan acara Playstation Experience 2017 yang berlangsung di Amerika Syarikat. Ultizero Games, iaitu salah satu pembangun permainan dibawah China Hero Project melancarkan demo permainan khas di acara tersebut bersama trailer terbaru.

Lost Soul Aside asalnya dibangunkan hanyalah oleh seorang pembangun iaitu Yang Bing. Namun pada tahun lepas, Sony Interactive Entertainment bekerjasama bersama beliau dibawah China Hero Project untuk memdanakan permainan tersebut untuk dibangunkan di Playstation 4.

Lost Soul Aside adalah permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan pengembaraan watak Kazer. Permainan tersebut diinspirasikan daripada Final Fantasy XV dengan bentuk permainan yang lebih beraksi. Buat masa ini, permainan tersebut masih belum diumumkan sebarang tarikh pelancaran. Namun ia dibangunkan secara esklusif di Playstation 4.

Sohor Kini