Overkill Software dan Starbreeze Studio hari ini akhirnya mengumumkan permainan terbaru buat siri The Walking Dead yang dibangunkan oleh mereka bakal tiba di Playstation 4, Xbox One dan PC pada musim luruh 2018 ini.

Overkill’s The Walking Dead merupakan permainan yang memfokuskan empat pemain koperasi di dalam bentuk penembak pandang pertama. Overkill Software sebelum ini terkenal dengan siri permainan PayDay yang dibangunkan oleh mereka beberapa tahun lepas.

Overkill’s The Walking Dead akan meletakkan pemain di dalam dunia zombi yang berdasarkan grafik novel Robert Kirkman. Permainan ini memfokuskan empat multi-pemain penembak pandang pertama yang bertempatkan di Washington DC. Dengan berlakunya kejadian zombi tersebut, pemain perlu bekerjasama untuk mendapatkan kelengkapan dan barangan untuk terus hidup di dalam dunia tersebut.

Menurut Overkills Software, setiap watak akan mempunyai kepakaran yang berbeza termasuklah bentuk permainan yang akan membantu pemain untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Pemain juga perlu terus hidup dan bekerjasama untuk selamat di dalam dunia yang ditakhluk oleh zombi. Pemain juga diberi pelbagai pilihan senjata seperti serangan dekat yang lebih senyap ataupun menggunakan senapang.

Bagi anda yang meminati siri permainan zombie koperasi seakan Left 4 Dead, anda mungkin akan berminat untuk bermain Overkill’s The Walking Dead yang mana ia akan dilancarkan pada musim luruh 2018 ini di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini