Informasi Permainan Video Terkini
Supercell Mencuba Promosi Berbentuk “Anime” Untuk Clash Royale

Supercell Mencuba Promosi Berbentuk “Anime” Untuk Clash Royale

Diterbitkan pada Dis 10, 2017 oleh .

Clash Royale merupakan salah satu permainan berbentuk “kad” yang mempunyai peminatnya tersendiri – dan masih ramai yang aktif mainkannya sehingga ke hari ini.

Clash Royale

Terkini, pembangunnya turut hadir dengan sebuah video iklan berbentuk anime untuk permainan berkenaan – sekaligus memberikan nafas baru dalam promosi permainan berkenaan, berbanding kebiasaan sebelum ini.

Supercell menamakan video promosi ringkas ini sebagai “Cards Coming to Life”, dan turut meminta pendapat ramai berkenaan sama ada adakah mereka inginkan lagi promosi seumpama ini atau sebaliknya.

Bagi anda sendiri, adakah anda menyukai promosi berbentuk sebegini, atau lebih mengemari promosi berbentuk animasi 3D yang sinonim dengan permainan berkenaan?


TIPS & ULASAN