Bersempena dengan acara Playstation Experience 2017 yang berlangsung di Amerika Syarikat hari ini, Sony Interactive Entertainment akhirnya mengumumkan permainan penambah-baikkan baru bagi siri permainan MediEvil akan tiba di Playstation 4.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, dimana Shawn Layden Presiden dan CEO Sony Interactive Entertainment sering memperacah peminat dengan memakai tshirt permainan video yang bakal beliau umumkan. Dimana kini, ketika Playstation Experience 2017, beliau memakai tshirt bagi permainan MediEvil.

Ketika acara tersebut, beliau mengumumkan secara rasmi bahawa permainan MediEvil akan dilancarkan secara pernambah-baikkan di Playstation 4 dengan sokongan resolusi 4k. Namun buat masa ini masih tidak banyak informasi lanjut yang diumumkan oleh Sony.

MediEvil merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan watak Sir Daniel Fortesque. Ia dilancarkan pada 1998 di konsol Playstation 1. Ia kemudiannya dilancarkan sebilangan sekuel pada tahun 2000 dan 2005 di Playstation Portable.

Seperti biasa, kami akan berkongsi sebarang informasi lanjut setelah Sony Interactive Entertainment mengumumkan kelak.

 

Sohor Kini