Informasi Permainan Video Terkini
Demo Permainan Lost Sphear Kini Boleh Dimuat-Turun Di Playstation 4, Switch Dan PC

Demo Permainan Lost Sphear Kini Boleh Dimuat-Turun Di Playstation 4, Switch Dan PC

Diterbitkan pada Dis 8, 2017 oleh .

Bersempena dengan pelancaran permainan terbaru oleh Tokyo RPG Factory, Lost Sphear pada 23 Januari 2018 ini, Square-Enix pengeluar permainan tersebut mengumumkan bahawa demo permainan tersebut sudah boleh dimuat-turun melalui Playstation 4, Steam dan Nintendo Switch bermula hari ini.

Lost Sphear merupakan permainan yang dibangunkan oleh Tokyo RPG Factory, iaitu mereka terkenal dengan permainan I Am Setsuna yang merupakan permainan JRPG yang membawa bentuk permainan klasik RPG seperti Chrono Trigger ke generasi kini.

Pada masa yang sama, Tokyo RPG Factory juga berkongsi satu video khas yang mana mereka menerangkan informasi berkenaan demo permainan tersebut. Menurut mereka, demo permainan tersebut akan menyerta sebahagian dan bentuk permainan daripada penceritaan penuh permainan yang mana pemain boleh mencuba untuk mengalami dan memahami konsep permainan tersebut.

Bagi anda yang ingin mencuba permainan tersebut, anda boleh memuat-turun di Steam dan PSN Store dibawah. Permainan ini juga sudah boleh dipra-tempah dengan harga RM160 melalui Steam. Lost Sphear akan tiba di Playstation 4, Nintendo Switch dan PC pada 23 Januari 2018 ini.

Steam : Lost Sphear

PSN Store : Lost Sphear