Bagi para peminat permainan simulasi bola sepak, berita menarik untuk anda. Konami telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan Online Beta untuk permainan Pro Evolution Soccer 2018 bermula 20 Julai 2017 ini, sehingga 30 Julai 2017.

PES 2018 Beta

Versi ujian beta ini akan ditawarkan untuk pengguna PlayStation 4 dan juga Xbox One. Menariknya, pengguna PlayStation 4 tidak memerlukan sebarang langganan untuk PS Plus bagi mencubanya – sebaliknya untuk Xbox One pula, langganan Xbox Live Gold adalah diperlukan.

Melalui Online Beta ini, pengguna boleh mencuba dua mod permainan, iaitu Quickmatch dan juga Online Co-Op. Selain daripada penawaran ini, pihak Konami turut dijangka menawarkan versi demo permainan tidak lama lagi.

PES 2018 akan dilancarkan untuk PC, PlayStation 3, PlayStation 4, Xbox One, dan Xbox 360 pada pertengahan September 2017 kelak.

Sohor Kini