RuneScape Bakal Ke Peranti Mudah-Alih Pada 2018

RuneScape adalah salah satu permainan MMORPG percuma yang telah beroperasi secara bertahun-tahun lamanya, dan turut mempunyai jutaan pemain seluruh dunia. Kini, pembangunnya, Jagex turut mengumumkan yang mana permainan MMORPG yang boleh dimainkan pada pelayar web ini bakal hadir ke peranti mudah-alih Android dan iOS.

RuneScape

Menurut Jagex, RuneScape dan juga Old School RuneScape – kedua-duanya akan ditawarkan untuk peranti mudah-alih dan tablet, selain menawarkan integrasi permainan antara peranti mudah-alih dan juga PC.

Ini bermakna, anda boleh memainkan MMORPG ini ketika di rumah pada PC, dan memainkannya pada telefon pintar ketika berada di luar. Semua aktiviti dan perkembangan watak anda akan di sync secara automatik antar semua peranti.

Permua ini akan hadir pada 2018 kelak – dan semestinya ramai ingin mengetahui bagaimanakah permainan popular ini dioptimasikan kawalannya untuk peranti mudah-alih.

Pembangunnya juga turut telah membuka pendaftaran minat bagi mereka yang ingin menguji permainan berkenaan dalam bentuk beta tertutup.

Sohor Kini