Bagi anda yang berminat dengan permainan perlumbaan anti-graviti seperti WipeOut, Iceberg Interactive bersama Cybernetic Walrus hari ini mengumumkan permainan Antigraviator yang memfokuskan bentuk permainan seakan Wipeout yang mana ia akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada 2018 ini.

Menurut pembangun permainan tersebut, permainan ini bakal menyertakan pelbagai mod permainan seperti keupayaan untuk bermain multi-pemain secara luar-talian sehingga 4 pemain. Ia juga mempunyai sokongan atas-talian dan juga mengubah-suaian kenderaan dan sebagainya.

Bagi peminat permainan perlumbaan yang pantas anti-graviti seakan WipeOut, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan Antigraviator pada 2018 kelak.

Sohor Kini