Bagi anda yang merindui permainan Katamari Damacy, Bandai Namco kini melancarkan permainan tersebut versi permua (Permainan Mudah-Alih) di Android dan iOS dengan nama Amazing Katamari Damacy.
Bentuk permua Amazing Katamari Damacy memfokuskan bentuk permainan larian tidak henti seperti kebanyakkan permua-permua yang dilancarkan sebelum ini. Seperti permainan Katamari Damacy sebelum ini di Playstation 2, anda perlu mengutip barangan untuk membesarkan ‘bola’ anda dengan menggolekkan bola tersebut.
Terdapat dua bentuk kawalan yang boleh digunakan oleh pemain iaitu secara kecondongan peranti ataupun menggunakan skrin sesentuh peranti. Permainan juga menyertakan sebilangan mikro-transaksi untuk mencepatkan proses pengumpulan Rubies dan barangan di dalam permainan tersebut.
Walaupun permua ini mempunyai bentuk permainan yang berbeza dengan versi konsol ia masih lagi mempunyai konsep permainan yang sama dan daya tarikan Katamari Damacy.
Permua ini asalnya dilancarkan di iOS dahulu beberapa bulan lepas, kini ia tiba secara rasmi di Android dan anda boleh memuat-turun permainan ini secara percuma melalui Google Play Store dan App Store.
[download] Google Play Store : Amazing Katamari Damacy [/download] [download] App Store : Amazing Katamari Damacy [/download]