Informasi Permainan Video Terkini
Jualan Promosi Permainan The Surge Di Steam Bersempena Pelancaran DLC Pernambahan “A Walk In The Park”
PC

Jualan Promosi Permainan The Surge Di Steam Bersempena Pelancaran DLC Pernambahan “A Walk In The Park”

Diterbitkan pada Dis 6, 2017 oleh .

Bersempena dengan pelancaran pernambahan DLC A Walk In The Park bagi permainan The Surge, Focus Home Interactive hari ini mengadakan jualan promosi bagi permainan tersebut dengan tempoh masa yang terhad sehingga Jumaat ini sahaja.

Anda boleh dapatkan permainan tersebut dengan harga RM74.50 berbanding harga asalnya RM149. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan bersama DLC pernambahan tersebut, edisi The Surge: Complete Edition juga ditawarkan dengan harga promosi iaitu RM113.40 yang mana ia akan menyertakan sebilangan DLC pernambahan termasuklah A Walk In The Park berbanding harga asalnya RM189.

The Surge merupakan permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Deck13 Interactive dan dilancarkan oleh Focus Home Interactive. Ia dilancarkan pada Mei lepas di PC, Playstation 4 dan Xbox One. Permainan The Surge merupakan pengganti buat permainan yang dibangunkan oleh pembangun yang sama iaitu The Lords Of The Fallen dan merupakan permainan yang diinspirasi daripada siri permainan Dark Souls.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini dengan harga yang murah, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan melalui promosi ini melalui Steam bermula hari ini sehingga Jumaat ini.

Promosi Steam : The Surge