Pada penghujung tahun lepas, Rise of the Tomb Raider dilancarkan secara rasmi di Playstation 4 dengan sokongan mod realiti-maya Playstation VR bagi episod Blood Ties. Kini, bagi mereka yang mempunyai set realiti-maya Oculus Rift ataupun HTC Vive, Crystal Dynamics dan Square-Enix akhirnya melancarkan mod tersebut secara rasmi ke PC.
Pada masa yang sama, bersempena dengan pelancaran tersebut, Square-Enix menawarkan permainan Rise Of The Tomb Raider: 20 Years Celebration secara promosi bersempena promosi pertengahan minggu Steam dengan harga RM95 berbanding harga asalnya RM190.
Permainan tersebut akan disertakan bersama pas musim yang akan menyertakan sebilangan kandungan termasuklah kandungan realiti-maya tersebut. Bagi anda yang sudah mempunyai permainan tersebut, pas musim bagi 20 Years Celebration juga ditawarkan secara bersama dengan harga RM47.50.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan Rise Of The Tomb Raider yang mendapat pujian ramai dengan harga yang murah bersempena dengan pelancaran mod realiti-maya ini bermula hari ini sehinggalah 9 Disember.
[info] Promosi Pertengahan Minggu Steam : Rise Of The Tomb Raider [/info]