Farpoint merupakan permainan realiti-maya Playstation VR pertama yang dilancarkan bersama sokongan alat kawalan Playstation Aim Controller, yang dibangunkan oleh Impulse Gear kini akan menerima kemaskini mod permainan PvP dimana pemain boleh bertempur dengan pemain lain sehingga 4 pemain serentak.
Kemaskini tersebut akan dilancarkan secara percuma bermula hari ini dengan dua mod permainan iaitu Deathmatch dimana pemain boleh bertempur dengan musuh secara dua lawan dua dan mod permainan Uplink dimana pemain perlu bertahan dan menangkap pusat kawalan. Pemain juga berpeluang untuk mendapatkan kostum dan senjata tambahan bagi kemajuan permainan tersebut.
Pada masa yang sama, pemain juga diberi fungsi tambahan seperti berpeluang untuk memanggil raksasa makhluk asing untuk membantu pemain bertempur dengan pemain lain sekaligus ia menjadi lebih taktikal dimana setiap raksasa mempunyai fungsi dan bentuk pertempuran yang berbeza.
Bagi anda yang berminat untuk mencuba mod ini, kemaskini ini boleh dimuat-turun sekarang secara rasmi melalui permainan Farpoint.